Orang Pelarian di Malaysia

Ekonomi besifat moden, institusi-institusi awam yang kukuh dan kepimpinan kemanusiaan menjadikan Malaysia destinasi yang menarik dan selamat bagi  pelarian dari pelbagai negara; bukan sahaja  Myanmar. Sikap toleransi terhadap pergerakan penduduk ke dalam dan melalui rantau ini yang tidak teratur menimbulkan pelbagai cabaran yang kompleks, dan kira-kira 140,000 pelarian di Malaysia amat bertuah kerana diberi komitmen Malaysia yang berterusan untuk memastikan kesejahteraan mereka.

Walaupun kerajaan Malaysia menyokong keperluan  pelarian, peruntukan undang-undang atau pentadbiran untuk pengurusan keadaan pemohon suaka politik atau  pelarian di Malaysia secara rasmi belum disediakan pada masa ini. Oleh itu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) melaksanakan semua aktiviti yang berkaitan dengan penerimaan, pendaftaran, dokumentasi dan penentuan status pencari suaka dan  pelarian. Kerajaan Malaysia amat bekerjasama dengan UNHCR.

Untuk maklumat lanjut mengenai kerja-kerja UNHCR di Malaysia, lawat laman web mereka di sini