Pengurusan Kewangan

Sebagai sebuah persatuan rasmi, pengurusan kewangan aktiviti CSO yang rapi diperlukan termasuk pentadbir kanan dan yang berpengalaman untuk pengurusan dan pelaporan seharian kepada jawatankuasa, audit tahunan oleh firma perakaunan yang diperakui, dan pengawasan yang berterusan yang dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa. Kami terus memperkukuhkan kawalan kewangan dan pelaporan supaya sepadan dengan saiz dan skop CSO yang semakin meningkat termasuk apa-apa keperluan Penderma besar.

Jumlah yang besar digunakan untuk proses belanjawan pada setiap tahun dan ianya adalah satu cabaran untuk mengimbankan pendapatan dan perbelanjaan. Pada penghujung hari bajet akan sentiasa diimbangkan tetapi kanak-kanak mungkin terpaksa mengorbankan sesuatu yang penting supaya keseimbangan itu dapat dicapai. Oleh itu, kami terus mencari cara-cara kreatif untuk membiayai aktiviti-aktiviti kami. Sebagai contoh kita telah menggunakan buku kerja yang sama selama 5 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurusan Kewangan CSO sila hubungi Rhonda Kortum di rkortum@csomalaysia.org