Siapa Kami

Chin Student Organisation (CSO) adalah satu inisiatif Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, sebuah pertubuhan sukarela berdaftar, yang bertujuan untuk mendidik anak-anak pelarian bangsa Chin yang tinggal di Kuala Lumpur. Bangsa Chin adalah dari salah satu daripada kumpulan minoriti etnik Myanmar yang paling lemah dan teraniaya, yang berasal dari bahagian barat negara itu. CSO terdiri daripada lima pusat pembelajaran merentasi kawasan Kuala Lumpur (Imbi, Loke Yew, Cheras, Sentul dan Puchong). CSO bersekutu dengan Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian dan kini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli sukarela dan sumbangan derma. Terdapat kira-kira 500 pelajar yang berdaftar dengan CSO. Setakat ini lebih dari 800 pelajar telah berjaya menerima lulusan dari CSO.

Pelajar-pelajar bangsa Chin kami berusia di antara 4 hingga 17 tahun dan kebanyakan daripada guru sukarela berbangsa Chin. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sukarelawan daripada komuniti ekspatriat yang mengajar anak-anak pelbagai subjek, terutamanya Bahasa Inggeris. CSO menawarkan bimbingan akademik dan juga sokongan moral sementara mereka menunggu penempatan semula ke negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom.