Soalan Lazim

Berapa ramai pelarian berada di Malaysia?

Sehingga akhir bulan Januari 2014, terdapat 142.160  pelarian dan pemohon suaka politik yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. 132,187 adalah dari Myanmar, merangkumi 52.087 Chin, 34,368 Rohingya, 11,736 orang Myanmar beragama Islam, 7,940 Rakhine, 3,660 Burma & Bamars, 5,389 Mon, 5,384 Kachin, dan juga etnik-etnik lain dari Myanmar. Terdapat 9,973 pelarian dan pemohon suaka politik dari negara-negara lain, termasuk 4,013 rakyat Sri Lanka, 1,137 rakyat Somalia, 791 rakyat Iraq, 325 rakyat Afghanistan, dan slebihnya dari negara-negara lain.

Ke negara-negara manakah biasanya pelarian Chin ditempatkan semula?

Terdapat kira-kira 8,000 pelarian Chin yang ditempatkan semula pada setiap tahun. 85% ditempatkan ke Amerika Syarikat, 7% ditempatkan ke Australia dan selebihnya ke Norway, New Zealand, Kanada dan United Kingdom.

Apakah keadaan kehidupan mereka?

Pelarian Chin di Kuala Lumpur tinggal di pangsapuri dalam keadaan yang sesak, dengan sehingga 10 orang dalam satu bilik tanpa katil, dan hanya satu bilik mandi untuk sebuah apartmen dengan 20 penghuni. Ramai di antara bapa pelajar-pelajar Chin tinggal di Kuala Lumpur melakukan kerja pertanian manual untuk mendapatkan makanan sebagai bayaran.

Bagaimanakah sekolah-sekolah CSO dibiayai?

CSO dibiayai 55% dari sumbangan derma, 25% dari yuran sekolah, dan 20% dari jualan akhbar tempatan komuniti Chin. Dermaan adalah dari individu dan organisasi-organisasi tempatan dan antarabangsa, manakala yuran sekolah adalah nominal pada RM20 (AS$6) bagi setiap kanak-kanak sebulan.

Bolehkah kanak-kanak pelarian mununtut ilmu di sekolah-sekolah Malaysia?

Di bawah undang-undang semasa di Malaysia, kanak-kanak pelarian tidak dibenarkan menyertai sekolah awam.

Bolehkah pelarian bekerja di Malaysia?

Secara umumnya tidak, tetapi sesetengah majikan akan menerima pelarian sebagai pekerja  jika mereka berdaftar dengan PBB dan mempunyai kad UNHCR.

Berapa banyakkah sekolah yang diurus oleh CSO?

CSO mempunyai lima buah sekolah dan kira-kira 500 orang pelajar.

Bagaimanakah sekolah-sekolah CSO dibiayai?

CSO dibiayai 55% dari sumbangan derma, 25% dari yuran sekolah, dan 20% dari jualan akhbar tempatan komuniti Chin. Dermaan adalah dari individu dan organisasi-organisasi tempatan dan antarabangsa, manakala yuran sekolah adalah nominal pada RM20 (AS$6) bagi setiap kanak-kanak sebulan.

Apakah mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah CSO?

Bahasa Inggeris merupakan salah satu daripada empat mata pelajaran utama yang diajar di sekolah; mata pelajaran lain ialah Matematik, Sains dan Bahasa Chin. Ianya penting untuk anak-anak Chin untuk belajar bahasa Inggeris kerana kebanyakan pelajar akan dipindahkan ke negara-negara berbahasa Inggeris. Pelajar juga diajar warisan, kerohanian, nyanyian dan tarian Chin, di samping mata pelajaran biasa akademik anda. Pelajar juga diberi peluang untuk mempelajari pengkomputeran, lukisan dan sukan.

Adakah pelajar menduduki peperiksaan?

Pelajar menduduki peperiksaan pada setiap bulan Jun dan November. Keputusan peperiksaan ini telah menunjukkan kefahaman yang mendalam bagi bahasa Inggeris baru-baru ini. Keputusan peperiksaan tidak semestinya membawa kepada peletakkan pelajar ke kelas yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pelajar-pelajar tingkatan 3 akan kekal dalam gred yang sama tetapi akan menerima tahap sukatan pelajaran yang lebih tinggi.